Friday, June 20, 2008

PERJUMPAAN















Terlebih dahulu syukur kepada Allah s.w.t atas limpah kurnia dan dengan izinnyaperjalanan perjumpaan Kelab Kembara pada tanggal 20 Jun 2008 telah berjaya terlaksana tanpa sebarang kesulitan,saya bagi pihak moderator kelab kembara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang menjayakannya pada malam tadi,kepada Mat Noor serta seisi keluarga saya bagi pihak ahli kelab amat berterima kasih atas fasiliti yang disediakan kami bagi 5* hehehehe...juadah yang sama-sama disediakan amat menyelerakan semua pihak,eemm...antara menu-menu yang sempat dirakamkan ialah,bihun goreng sotong kering..opsss!! ayam ada udang ada sotongnya tak jumpalah?.hehehehee..."Ampun Alias" hehehehe...laksa,puding,agar-agar,kek span,cucur udang buah-buahan,dadih,putu mayung,satay ayam/daging,bubur kacang dan juga makanan ringan untuk kanak-kanak.Antara yang dibincangkan pada malam tadi ialah aktiviti kembara seterusnya,beberapa lokasi pilihan yang disebutkan ialahBML.....ahaha...bukan kena mengena dengan kosmetik...BML tu Bukit Merah Lake Town Resort hehehehe.....Pantai Merdeka,Ipoh "Lost World Bukit Tambun".Beberapa lokasi menarik turut disebutkan antaranya ke Langkawi melalui jalan udara atau ke Medan...eeem...namun misi utama asal ialah ke Pulau Redang tetap mendapat tempat di hati para ahli.Untuk aktiviti kembara seterusnya ialah ke Pulau Pangkor pada bulan November nanti,perlaksaannya aktiviti terancang akan diperbincangkan nanti pada perjumpaan seterusnya pada bulan October bertempat di rumah Encik Johar....eemm....masuk rumah baru...Perjumpaan berakhir pada jam 11.50 malam..

No comments: