Tuesday, April 8, 2008

TELUK BATIK DESTINASI SETERUSNYA

Insyaallah kalau tak ada aral melintang,destinasi percutian kembara kali ini ialah Teluk Batik pada awal bulan 6 semua member kelab dah bersepakat 6 dan 7 adalah hari yang sesuai hehehe...terpaksalah akur sebab hari Sabtu dan Ahad chalet sudah penuh dibooking dek orang almaklumlah cuti sekolah.Apa pun perancangan mengenainya telah memasuki fasa kedua chalet sudah dibooking,tinggal penyusunan aktiviti pada 2 hari 1 malam nanti masih dalam tajuk perbincangan.

Ini merupakan aktiviti kedua bagi tahun ini,yang pertamanya adalah mesyuarat di rumah puan Shima eemm...rakan-rakan tertanya-tanya mana gambar-gambar menarik sepanjang malam tersebut.Yelah gambar yang diambil oleh juru photo amatur kelab,ahaha gambar-gambar kuih-kuih yang dah jadi mangsa rakus member dan anak-anaknya tak dapat dipaparkan di sini alahai kesian nyer!!!

Buat puan Shima sekeluarga mungkin tak terlambat untuk ucapkan jutaan terima kasih atas layanan dan sesungguhnya malam tersebut memang "happening"

No comments: